|
 |
|
|
Permohonan Tempahan Bilik Mesyuarat Utama BKPP, JPM
|
|
|
Tatacara Permohonan:
|
-
Semua permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan aplikasi Online sahaja. Permohonan melalui hard copy tidak akan dilayan.
-
Semua permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh bilik mesyuarat diperlukan.
-
Permohonan tempahan bilik mesyuarat akan disediakan atas dasar:
-
Keutamaan kepada Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara;
-
Kekosongan;
-
Kepentingan Tugas; dan
-
First come - First serve Basis.
-
Permohonan tempahan bilik mesyuarat akan diberikan keutamaan kepada mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada bila-bila masa diperlukan dan tempahan-tempahan lain akan dibatalkan.
|
|
|
Syarat Penggunaan:
|
-
Pihak Urusetia Mesyuarat hendaklah:
-
sampai sejam lebih awal dan memastikan semua peralatan berfungsi dengan sempurna dan sedia untuk digunakan seperti sistem lampu dan sistem siar raya;
-
membawa peralatan keperluan mesyuarat seperti komputer, notebook dan lain-lain;
-
membawa bersama petugas khidmat sokongan untuk tugas-tugas teknikal dan lain-lain atau menghubungi nombor telefon 03-88724116 untuk bantuan teknikal;
-
memastikan semua peralatan dalam BMU, BKPP kembali kepada keadaan asal selepas mesyuarat selesai diadakan;
-
memastikan kebersihan BMU, BKPP, ruang legar dan bilik tetamu sekitarnya sentiasa dalam keadaan teratur;
-
memastikan supaya tiada sebarang tampalan label nama atau sebagainya dilekatkan pada kerusi bilik mesyuarat tersebut; dan
-
memastikan juga supaya tiada sebarang tampalan kertas berkenaan makluman mesyuarat dibuat di pintu–pintu laluan ke bilik mesyuarat, pihak urusetia mesyuarat boleh menggunakan signage stand yang telah disediakan.
-
Pihak Urusetia Mesyuarat hendaklah memastikan pihak caterer mematuhi peraturan-peraturan berikut:
-
pihak caterer membuat persiapan lebih awal dan mengemas semula peralatan-peralatan mereka apabila mesyuarat selesai diadakan;
-
penggunaan pantry BKPP adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun pihak caterer hendaklah membersih dan mengemaskan semula pantry BKPP seperti keadaan sedia ada; dan
-
pihak caterer hendaklah menjaga kebersihan ruang yang digunakan (pantry BKPP) dalam penyediaan jamuan mesyuarat supaya tidak menjejaskan kebersihan dan susun atur ruang pejabat BKPP yang berkenaan.
-
Bahagian Kabinet, tidak menyediakan kemudahan internet di bilik tersebut, walaubagaimanapun pihak kementerian/agensi boleh menggunakan kemudahan broadband sendiri untuk mencapai internet di bilik tersebut.
|
|
|
|