Korporat

Etika BKPP

01 TEKUN

  • melaksanakan tugas dengan rajin dan bersungguh-sungguh;
  • menumpukan sepenuh tenaga dan daya usaha bagi menghasilkan kerja atau perkhidmatan yang terbaik; dan
  • menyiapkan tugas tanpa sempadan waktu mengikut jadual dan matlamat yang ditetapkan.

 

02 JUJUR

  • sentiasa memperlihatkan sifat-sifat ikhlas dan tulus;
  • tidak mementingkan diri sendiri; dan
  • tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

 

03 PROFESIONAL

  • melaksanakan tugas secara objektif dengan teliti, tepat dan sempurna;
  • melaksanakan tugas mengikut semua peraturan rasmi dan keperluan yang ditetapkan dengan standard yang tinggi; dan
  • sentiasa membuat jangkaan tugas-tugas akan datang, membuat persediaan serta meningkatkan kaedah dan cara bekerja.

 

04 CEMERLANG

  • sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan dan kehebatan diri;
  • sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran bertugas; dan
  • sentiasa peka terhadap kehendak pelanggan, bersikap terbuka, bersedia menerima teguran serta memberi layanan yang saksama kepada mereka.

 

05 BERHEMAH

  • menunjukkan peribadi terpuji dan berakhlak;
  • berbudi bahasa, hormat-menghormati dan mesra terhadap rakan sepejabat dan pelanggan; dan
  • sentiasa berpakaian kemas, bersih dan bersopan semasa bertugas.

 

06 BERTANGGUNGJAWAB

  • memelihara serta menyimpan dokumen dan maklumat terperingkat di tempat selamat dan tidak menggunakannya untuk kepentingan peribadi;
  • tidak mendedahkan maklumat terperingkat kepada pihak yang tidak berhak mengetahuinya; dan
  • tidak membuat salinan dan tidak memusnahkan dokumen terperingkat tanpa arahan yang sah.

QR Code Mobile Web

Hubungi Kami

Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan
Perhubungan Antara Kerajaan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Timur,
Bangunan Perdana Putra,
62502 PUTRAJAYA.

 03-8872 4058
 03-8890 1373