Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat Utama

Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan

Jabatan Perdana Menteri



Tatacara Permohonan:

(1) Semua permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan aplikasi Online sahaja

(2) Semua permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh bilik mesyuarat diperlukan.

(3) Permohonan tempahan bilik mesyuarat akan diberikan keutamaan kepada mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada bila-bila masa diperlukan dan tempahan-tempahan lain akan dibatalkan.


Syarat Penggunaan

Pihak Urusetia Mesyuarat hendaklah memastikan:

(1) sampai sejam lebih awal dan memastikan semua peralatan berfungsi dengan sempurna dan sedia untuk digunakan seperti sistem lampu dan sistem siar raya;

(2) membawa peralatan keperluan mesyuarat seperti komputer, notebook dan lain-lain;

(3) membawa bersama petugas khidmat sokongan untuk tugas-tugas teknikal dan lain-lain atau menghubungi nombor telefon 03-88724116 untuk bantuan teknikal;

(4) memastikan semua peralatan dalam BMU, BKPP kembali kepada keadaan asal selepas mesyuarat selesai diadakan;

(5) memastikan kebersihan BMU, BKPP, ruang legar dan bilik tetamu sekitarnya sentiasa dalam keadaan teratur;

(6). memastikan supaya tiada sebarang tampalan label nama atau sebagainya dilekatkan pada kerusi bilik mesyuarat tersebut; dan

(7) memastikan juga supaya tiada sebarang tampalan kertas berkenaan makluman mesyuarat dibuat di pintu-pintu laluan ke bilik mesyuarat, pihak urusetia mesyuarat boleh menggunakan signage stand yang telah disediakan.


Pihak Urusetia Mesyuarat hendaklah memastikan pihak caterer mematuhi peraturan-peraturan berikut:

(1) pihak caterer membuat persiapan lebih awal dan mengemas semula peralatan-peralatan mereka apabila mesyuarat selesai diadakan;

(2). penggunaan pantry BKPP adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun pihak caterer hendaklah membersih dan mengemaskan semula pantry BKPP seperti keadaan sedia ada; dan

(3) pihak caterer hendaklah menjaga kebersihan ruang yang digunakan (pantry BKPP) dalam penyediaan jamuan mesyuarat supaya tidak menjejaskan kebersihan dan susun atur ruang pejabat BKPP yang berkenaan.