Laman Web Rasmi BKPP JPM

Loading

KORPORAT / Visi, Misi, Dasar Kualiti dan Moto

Visi

Peneraju Keurus Setiaan Mesyuarat Tertinggi Kerajaan dan Pentadbiran Eksekutif Berkualiti.

Misi

Menguruskan dan Memudah Cara Mesyuarat-mesyuarat Tertinggi Kerajaan dan Urusan Eksekutif Berkaitan Parlimen dan Pelantikan Bagi Merealisasikan Hasrat Pihak Berkepentingan Melalui Penyediaan Perkhidmatan Secara Komprehensif dan Berintegriti.​

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran output yang berkualiti tinggi dengan matlamat konsep zero defect dan sentiasa berusaha ke arah menghayati nilai dan etika dalam Perkhidmatan Awam.​

Moto

Cepat, Tepat dan Sempurna

KORPORAT /Fungsi-fungsi Teras BKPP

Mengurus mesyuarat–mesyuarat tertinggi Kerajaan yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri dan YBhg. Ketua Setiausaha Negara
Mengendalikan urusan-urusan Mesyuarat Parlimen bagi Eksekutif dan Jabatan Perdana Menteri
Mengurus pelantikan dan saraan bagi jawatan-jawatan di bawah Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan akta-akta tertentu

KORPORAT /Etika BKPP

TEKUN
  • melaksanakan tugas dengan rajin dan bersungguh-sungguh;
  • menumpukan sepenuh tenaga dan daya usaha bagi menghasilkan kerja atau perkhidmatan yang terbaik; dan
  • menyiapkan tugas tanpa sempadan waktu mengikut jadual dan matlamat yang ditetapkan.
  • sentiasa memperlihatkan sifat-sifat ikhlas dan tulus;
  • tidak mementingkan diri sendiri; dan
  • tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • melaksanakan tugas secara objektif dengan teliti, tepat dan sempurna;
  • melaksanakan tugas mengikut semua peraturan rasmi dan keperluan yang ditetapkan dengan standard yang tinggi; dan
  • sentiasa membuat jangkaan tugas-tugas akan datang, membuat persediaan serta meningkatkan kaedah dan cara bekerja.
  • sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan dan kehebatan diri;
  • sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran bertugas; dan
  • sentiasa peka terhadap kehendak pelanggan, bersikap terbuka, bersedia menerima teguran serta memberi layanan yang saksama kepada mereka.
  • menunjukkan peribadi terpuji dan berakhlak;
  • berbudi bahasa, hormat-menghormati dan mesra terhadap rakan sepejabat dan pelanggan; dan
  • sentiasa berpakaian kemas, bersih dan bersopan semasa bertugas.
  • memelihara serta menyimpan dokumen dan maklumat terperingkat di tempat selamat dan tidak menggunakannya untuk kepentingan peribadi;
  • tidak mendedahkan maklumat terperingkat kepada pihak yang tidak berhak mengetahuinya; dan
  • tidak membuat salinan dan tidak memusnahkan dokumen terperingkat tanpa arahan yang sah.

KORPORAT /Soalan Lazim

Bilakah Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri bagi tahun berikutnya dipaparkan dalam laman web BKPP?

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri bagi tahun berikutnya boleh dilayari di laman web BKPP mulai bulan Ogos setiap tahun.

Kalendar Persekolahan disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Maklumat tersebut akan dipautkan dalam laman web BKPP setelah ianya disiarkan dalam laman web Kementerian Pendidikan.

Antara mesyuarat-mesyuarat utama yang dikendalikan oleh BKPP adalah:

  • Mesyuarat Jemaah Menteri;
  • Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri; dan
  • Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP).