Tema        

Visi, Misi, Objektif, Dasar Kualiti & Moto

VISI

 Sebagai organisasi utama yang kompeten dan efisien dalam memudah cara penggubalan dasar dan pemantauan pelaksanaan keputusan-keputusan penting Kerajaan

 

MISI

 Memudah cara penggubalan dasar dan pelaksanaan keputusan-keputusan Kerajaan melalui penyediaan perkhidmatan yang terbaik bagi mesyuarat-mesyuarat tertinggi Kerajaan, urusan Parlimen dan pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta tertentu

 

OBJEKTIF

  •  Memberi perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berkesan kepada Mesyuarat/Taklimat Jemaah Menteri/Mesyuarat Post Kabinet/Mesyuarat Menteri Besar/Ketua Menteri dan mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara;
  • Mengurus pelantikan bagi jawatan-jawatan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta tertentu dengan cekap dan teratur;
  • Mengkaji dan memperaku saraan bagi jawatan-jawatan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta tertentu selaras dengan keputusan Kerajaan dan keperluan semasa;
  • Menggubal Takwim Mesyuarat Parlimen dan membubar, memanggil serta memprorog Majlis Mesyuarat Parlimen mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara;
  • Memastikan urusan dan hal ehwal persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Jabatan Perdana Menteri mengenai pertanyaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Rang Undang-undang, Usul, Perbahasan, Titah Di Raja dan Bajet serta urusan-urusan Kerajaan yang lain diuruskan dengan teratur; dan
  • Mengkaji dan memperakukan dasar-dasar tertentu seperti yang diarahkan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa.

 

DASAR KUALITI

 Kami adalah komited kepada pengeluaran output yang berkualiti tinggi dengan matlamat konsep zero defect dan sentiasa berusaha ke arah menghayati nilai dan etika dalam Perkhidmatan Awam.

 

MOTO

"CEPAT, TEPAT DAN SEMPURNA"

© Hakcipta Terpelihara 2015-2017 Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini.

Bilangan Pelawat :