Tema        

Perutusan TKSU Kabinet

 


YBHG. TAN SRI MAZIDAH ABDUL MAJID
Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet)


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menuntut Perkhidmatan Awam Malaysia pada hari ini supaya lebih responsif dalam menyalurkan maklumat yang tepat dengan cekap dan berkesan. Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP) sentiasa mengoptimumkan penggunaan ICT sebagai teras utama untuk memenuhi kehendak stakeholders dan pelanggan. Ini juga selaras dengan slogan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

BKPP turut memastikan tiada pihak yang terpinggir daripada mendapat faedah ICT tanpa sempadan melalui usaha-usaha peningkatan laman web yang berterusan. Laman web rasmi BKPP menyediakan kemudahan World Wide Web Consortium (W3C) Disability Access bagi pelanggan kurang upaya, sistem maklum balas secara atas talian dan kemudahan capaian laman web BKPP melalui telefon bimbit serta personal digital assistant. Kemudahan tersebut adalah untuk menangani cabaran-cabaran bagi merealisasikan proses transformasi negara berteraskan kreativiti dan inovasi. Semoga informasi dalam laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.

Selamat melayari, terima kasih.

 

© Hakcipta Terpelihara 2015-2017 Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini.

Bilangan Pelawat :