Permohonan Tempahan Bilik Mesyuarat Utama BKPP, JPM
 
Tatacara Permohonan:
 
  1.

Semua permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan aplikasi Online sahaja. Permohonan melalui hard copy tidak akan dilayan.

  2.

Semua permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh bilik mesyuarat diperlukan.

  3.

Permohonan tempahan bilik mesyuarat akan disediakan atas dasar:

   
  i. Keutamaan kepada YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara;
  ii. Kekosongan;
  iii. Kepentingan Tugas; dan
  iv. First come - First serve Basis.
4.

Permohonan tempahan bilik mesyuarat akan diberikan keutamaan kepada mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada bila-bila masa diperlukan dan tempahan-tempahan lain akan dibatalkan.

 
Syarat Penggunaan:
 
  1.

Pihak Urusetia Mesyuarat hendaklah:

 
   
  i.

sampai sejam lebih awal dan memastikan semua peralatan berfungsi dengan sempurna dan sedia untuk digunakan seperti sistem lampu dan sistem siar raya;

  ii.

membawa peralatan keperluan mesyuarat seperti komputer, notebook dan lain-lain;

  iii.

membawa bersama petugas khidmat sokongan untuk tugas-tugas teknikal dan lain-lain atau menghubungi nombor telefon 03-88724116 untuk bantuan teknikal;

  iv.

memastikan semua peralatan dalam BMU, BKPP kembali kepada keadaan asal selepas mesyuarat selesai diadakan;

  v.

memastikan kebersihan BMU, BKPP, ruang legar dan bilik tetamu sekitarnya sentiasa dalam keadaan teratur;

  vi.

memastikan supaya tiada sebarang tampalan label nama atau sebagainya dilekatkan pada kerusi bilik mesyuarat tersebut; dan

  vii.

memastikan juga supaya tiada sebarang tampalan kertas berkenaan makluman mesyuarat dibuat di pintu-pintu laluan ke bilik mesyuarat, pihak urusetia mesyuarat boleh menggunakan signage stand yang telah disediakan.

 
  2.

Pihak Urusetia Mesyuarat hendaklah memastikan pihak caterer mematuhi peraturan-peraturan berikut:

   
  i.

pihak caterer membuat persiapan lebih awal dan mengemas semula peralatan-peralatan mereka apabila mesyuarat selesai diadakan;

  ii.

penggunaan pantry BKPP adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun pihak caterer hendaklah membersih dan mengemaskan semula pantry BKPP seperti keadaan sedia ada; dan

  iii.

pihak caterer hendaklah menjaga kebersihan ruang yang digunakan (pantry BKPP) dalam penyediaan jamuan mesyuarat supaya tidak menjejaskan kebersihan dan susun atur ruang pejabat BKPP yang berkenaan.

 
3.

Bahagian Kabinet, tidak menyediakan kemudahan internet di bilik tersebut, walau bagaimanapun pihak kementerian/agensi boleh menggunakan kemudahan broadband sendiri untuk mencapai internet di bilik tersebut.

 


Hak Cipta Terpelihara© Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan
Jabatan Perdana Menteri