MESYUARAT PERTAMA JEMAAH MENTERI


Mesyuarat Kabinet Pertama yang dipengerusikan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah diadakan pada 10 September 1957 di Bangunan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

Anggota Jemaah Menteri Malaysia yang pertama ialah seperti berikut:


YAB Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri
YAB Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
YB Kolonel Sir Henry Hau Shik Lee - Menteri Kewangan
YB Encik V.T. Sambathan - Menteri Kesihatan
YB Encik Suleiman bin Dato’ Abdul Rahman - Menteri Dalaman dan Keadilan
YB Encik Abdul Aziz bin Ishak - Menteri Pertanian
YB Encik Sardon bin Haji Jubir - Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom
YB Encik Ong Yoke Lin - Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat
YB Encik Tan Siew Sin - Menteri Perdagangan dan Industri
YB Encik Mohamed Khir bin Johari - Menteri Pelajaran
YB Encik Bahaman bin Samsudin - Menteri Sumber Asli
YB Encik Abdul Rahman bin Haji Talib - Menteri Pengangkutan

 



Sumber : Arkib Negara Malaysia