OBJEKTIF

 
  • Memberi perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berkesan kepada Mesyuarat/Taklimat Jemaah Menteri/Mesyuarat Post Kabinet/Mesyuarat Menteri Besar/Ketua Menteri dan mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara;

  • Mengurus pelantikan bagi jawatan-jawatan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta tertentu dengan cekap dan teratur;

  • Mengkaji dan memperaku saraan bagi jawatan-jawatan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta tertentu selaras dengan keputusan Kerajaan dan keperluan semasa;

  • Menggubal Takwim Mesyuarat Parlimen dan membubar, memanggil serta memprorog Majlis Mesyuarat Parlimen mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara;

  • Memastikan urusan dan hal ehwal persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Jabatan Perdana Menteri mengenai pertanyaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Rang Undang-undang, Usul, Perbahasan, Titah Di Raja dan Bajet serta urusan-urusan Kerajaan yang lain diuruskan dengan teratur; dan

  • Mengkaji dan memperakukan dasar-dasar tertentu seperti yang diarahkan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa.